Saturday 28 April 2012

Renungan

Peluang yang baik datang dan pergi, adakalanya bersama kita, tiba 
masanya milik mereka. Bersyukurlah bila ia bersama kita, tapi janganlah 
bersedih bila ia dimiliki mereka. Sebaliknya berbaktilah kepada mereka 
bila  peluang bersama kita. Mungkin bakti kembali kepada kita sewaktu 
peluang milik mereka. Namun balasan jangan diharap pada mereka, tapi 
harapan  disangkut hanya pada yang Esa. Ingatlah firman Allah SWT 
yang bermaksud “…dan demikianlah keadaan hari-hari (dunia ini), kami 
gilirkannya antara kalangan manusia (adakalanya menang ada masanya 
kalah)”. (al-Imran : 140)
***
Surah al-Baqarah Ayat 273 Allah SWT telah mendedahkan kepada para 
sahabat mengenai  satu golongan yang paling berhak diberi sedekah. 
Golongan ini tidak pernah menunjukkan kemiskinan dan kesusahan 
kepada orang lain. Mereka tidak meminta-minta supaya dibantu, namun 
hakikatnya mereka amat memerlukan bantuan. Para sahabat menyangka 
golongan ini kaya dan tidak perlukan bantuan.Tapi Allah SWT telah 
menyarankan agar para sahabat mencari dan menyelidik golongan ini, 
kerana mereka ini mempunyai tanda-tanda yang dapat dikenalpasti melalui 
sifat zahir yang terserlah dari ketulusan iman mereka. Golongan inilah 
yang perlu disokong dan dibantu. Begitu juga dengan kehidupan seharian. 
Kadang-kadang kita tersalah dalam membuat penilaian. Seseorang yang 
disangka tidak membantu mungkin banyak jasanya yang tidak kita ketahui 
kerana ketidakperihatinan kita. Selidikilah dengan baik  sebelum membuat 
penilaian. Agar mereka yang ikhlas diberi pengharagaan dan yang menilai 
akan dikasihi dan dirahmati.

Ustaz Kasyfullah Abd. Kadir 
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, FPS(UMT)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...