Saturday 31 March 2012

Wanita Yang Indah


Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasihKhadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia

Friday 30 March 2012

:: AIR MATA HAMBA ::

Pernah tak kita MENANGIS kerana :
✿~ Takutkan Allah?
✿~ Takut dengan api neraka Allah?
✿~ Dosa kita dengan Allah?
✿~ Menangis kerana rindukan syurga Allah?

✿~ Menangis rindukan kekasih Allah (Nabi Muhammad & Para Anbiya')?
✿~ Menangis takutkan azab kubur?
✿~ Menangis kerana melanggar perintah Allah?

Berapa kali setiap kali DOA kita menangis?
Berapa kali tiap kali SUJUD kita menangis?
Berapa kali kita bangun SOLAT SUNAT TAUBAT dan menangis?
Berapa kali kita menangis apabila BACA KISAH TENTANG API NERAKA?
Berapa kali kita menangis tiap kali BERZIKIR akan kebesaran Allah?
Dan berapa kali kita menangis KERANA Allah?

p/s : Menangislah, kadangkala manusia terlalu SOMBONG untuk menangis..lalu untuk apa AIR MATA DICIPTA, bukan hanya bahagia yang ada di dunia, air mata diciptakan bukan untuk dikeluarkan untuk sesuatu yang TIDAK BERMANFAAT, bukan untuk KEKASIH YANG TIDAK HALAL BUATMU tetapi hanya untuk Dia.. terima kasih Allah kerana menciptakan air mata ini..♥♥

:: Sujud dan Menangislah Kerana Allah ::

The meaning of true friendship

"Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous." [Surah Az-Zukhruf (43): 67]Anas bin Malik (radiyAllaahu 'anhu) reported: The Prophet (sallAllaahu ’alayhi wa sallam) said, "There are three qualities whoever has them, will taste the sweetness of Iman: To love Allah and His Messenger (sallallaahu ’alayhi wa sallam) more than anyone else; to love a slave (of Allah) only for (the sake of) Allah; and to abhor returning to infidelity after Allah has saved him from it as he would abhor to be thrown into the fire (of Hell)". [Al-Bukhari, Book 1 Vol 2 Hadith 20; Muslim, Book 1 : Hadith 67].

Two friends were traveling together, when a Bear suddenly met them on their path. One of them climbed up quickly into a tree and concealed himself in the branches. The other, seeing that he must be attacked, fell flat on the ground, and when the Bear came up and felt him with his snout, and smelt him all over, he held his breath, and feigned the appearance of death as much as he could. The Bear soon left him, for it is said he will not touch a dead body. When the Bear was quite gone, the other friend descended from the tree, and jokingly inquired of his friend what it was the Bear had whispered in his ear. "He gave me this advice," his companion replied. "Never travel with a friend who deserts you at the approach of danger."

Ibn Hazm stated: “Anyone who cares about your friendship is willing to criticize you, while those who make light of your faults show they do not care.”
The Prophet (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) was reportedly asked: “Which of our companions are best?” He (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) replied: “One whose appearance reminds you of God, and whose speech increases you in knowledge, and whose actions remind you of the hereafter.” (al-Muhasibi)
Rabee'ah ibn Ka'b narrates: It was the habit of the Prophet (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) that if someone did him a good turn, he loved to repay that person with something more excellent. He wanted to do something for me too in return for my service to him. So one day he came up to me and said: 'O Rabee'ah ibn Ka'b.' 'Labbayk ya rasulullah wa Sadaik - At your command, O Messenger of God and may God grant you happiness,' I responded. 'Ask of me anything and I will give it to you.'I thought a little and then said: 'Give me some time, O Messenger of God, to think about what I should ask of you. Then I will let you know.' He agreed.At that time, I was a young man and poor. I had neither family, nor wealth, nor place of abode. I used to shelter in the Suffah of the mosque with other poor Muslims like myself. People used to call us the "guests of Islam". Whenever any Muslim brought so mething in charity to the Prophet, he would send it all to us. And if someone gave him a gift he would take some of it and leave the rest for us.So, it occurred to me to ask the Prophet for some worldly good that would save me from poverty and make me like others who had wealth, wife and children. Soon, however, I said: 'May you perish Rabee'ah. The world is temporary and will pass away. You have your share of sustenance in it which God has guaranteed and which must come to you. The Prophet (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) has a place with his Lord and no request would be refused him.  Request him therefore, to ask Allah to grant you something of the bounty of the hereafter.'I felt pleased and satisfied with this thought. I went to the Prophet and he asked: 'What do you say, O Rabee'ah?' 'O Messenger of God,' I said, 'I ask you to beseech God most High on my behalf to make me your companion in Paradise.''Who has advised you thus?' asked the Prophet.'No by God,' I said, 'No one has advise me. But when you told me 'Ask of me anything and I will give to you,' I thought of asking you for something of the goodness of this world. But before long, I was guided to choose what is permanent and lasting agains t what is temporary and perishable. And so I have asked you to beseech God on my behalf that I may be your companion in Paradise.'The Prophet remained silent for a long while and then asked: 'Any other request besides that, Rabi'ah?' 'No, O Messenger of God, Nothing can match what I have asked you.' 'Then, in that case, assist me for you by performing much prostration to God.'Rabi'a b. Ka'b (radiyAllaahu 'anhu) said: I was with Allah's Messenger (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) one night. and I brought him water and what he required. He said to me: Ask (anything you like). I said: I ask your company in Paradise. He (the Holy Prophet) said: Or anything else besides it. I said: That is all (what I require). He said: Then help me to achieve this for you by deyoting yourself often to prostration.  [Muslim: Book 4 Hadith 990]So I began to exert myself in worship in order to attain the good fortune of being with the Prophet (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) in Paradise just as I had the good fortune of being in his service and being his companion in this world.

credict to : http://blog.iloveallaah.com/author/admin/

FORMULA

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

"Yes! Dapat keputusan cemerlang... berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.
Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.
Tak ku lupa kepada Allah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan kepadamu (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.
DUIT= DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKAL
Sebagaimana pentingnya duit kepada kita ,begitu la juga di sebalik perkataan ini…
Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;
"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"
Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'kayu ukur' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menangguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimanan kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekalian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan-langkah dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..bitaufik wannajah…
link to : ukhtinur90.blogspot.com

Ahlan Wasahlan(Welcome)

Assalamualaikum w.b.t...First of all, welcome to our blog. Native Deen blog is  produce to spread dakwah between us. Hopefully, this blog will be the tools of dakwah missionary in the era of convergence.Islam is the way of life. Let's only fear to ALLAH. Come with us to learn together like the prophet said to us : "Convey  from me even one verse " 

***(dari Abdullah RA, Rasulullah bersabda: SAMPAIKAN PESANKU WALAUPUN SATU AYAT)
Jadi marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati,sampai-menyampaikan..Sesungguhnya Islam adalah cara hidup kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...